Jom Baca Entry Ini??? Jangan Lepaskan!!!

Sunyi sepi


Assalamualaikum..



Sunyi sepi!! 
Tajuk entry kali ini..
Kali ini?? erk...
Selepas berbulan-bulan tak update blog.
Hari ini baru terpanggil untuk update.
Kerinduaan yang amat sangat untuk update blog..Tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan untuk berbuat demikian..

Rindu hani? ingat hani lagi?
Mesti tak ingat dah kan?? sobs..sobs!!
Hani sedang sibuk menyiapkan projem ilmiah tahun akhir hani.
Moga dipermudahkan semuanya.

Blog yang sunyi sepi akan kembali aktif tidak lama lagi. Insyaallah...hehehe

Apapun, hani tetap akan update blog walaupun mengambil masa berbulan-bulan untuk update, yang penting domain blog jangan lupa bayar. Nanti tak wujudlah diyanahani.com..kan??? kan??? 

Ha!!! nak bagitahu!!
Hani akan menjual biskut raya untuk raya tahun ini@2015.
Nantikan senarai biskut raya dari hani ya!!! 




10 Fakta Menarik Yang perlu Anda Tahu Tentang Perlawanan Vietnam vs Malaysia.


Assalammualaikum...


Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana berkat
kurniaan rezeki dariNya, pasukan bola sepak
kesayangan Hani telah berjaya menewaskan
pasukan Vietnam di tempat lawan dengan keputusan
4 gol berbalas 2. Dengan agregat 5-4, sudah
cukup buat pasukan Malaysia untuk mara ke
perlawanan akhir menentang Thailand pada
17 dan 20 Disember ini.
Tetapi tahukah anda semua, di sebalik kemenangan
ini, tercatat 10 fakta menarik yang perlu kita ketahui.
Jom Hani kongsikan.







1.   Perlawanan separuh akhir kedua Malaysia menentang Vietnam di stadium My Dinh itu adalah kemenangan pertama buat Malaysia ke atas Vietnam di laman lawan sejak Amri Yahyah apatah lagi Azammudin Akil mula mewakili pasukan Malaysia. Sudah sekian lama Malaysia tidak memenangi perlawanan menentang Vietnam di Hanoi. Even main kat Malaysia sendiri pun memang kita selalu kalah. Last menang dengan Vietnam adalah semasa Safee Sali belum lagi menjadi duta syarikat permotoran SYM, di mana ketika itu Safee Sali skor dua gol di Laos.

2.   Dollah Salleh merupakan seorang jurulatih yang berani mengambil risiko yang tidak ramai jurulatih di Malaysia (K.Rajagopal) suka ambil iaitu dengan membariskan "otai-otai yang masih berbisa" seperti Amri Yahyah, Shukor Adan, Indra Putra dan juga Badri Radzi. Beliau bukan sahaja menyenaraikan pemain-pemain ini untuk 23 pemain terakhir yang akan menyertai kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 ini, malah beliau tanpa segan silunya membariskan 4 otai ini di dalam first eleven. Rare kot. Biasanya otai-otai jadi super sub dan last-last minit baru masuk. Tapi jelas sekali ini adalah percaturan bijak dari Uncle Dollah.


 (Otai Masih Berbisa)

3.   Gol keempat yang dijaringkan oleh Shukor Adan dalam perlawanan separuh akhir kedua Vietnam menentang Malaysia itu tadi adalah gol yang ke 4 peribadinya bagi pasukan kebangsaan Malaysia dan gol itu mungkin gol terakhirnya bagi pasukan kebangsaan. Hal ini kerana, Shukor Adan telah menyatakan bahawa kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 ini adalah kejohanan antarabangsa yang terakhir buat dirinya. Jelas sekali pemain kelahiran Bukit Piatu ini merupakan seorang "Lagenda Hidup" negara.

4.    Buat julung kalinya Indra Putra Mahyudin diberi peluang untuk beraksi 90 minit di atas padang bersama skuad kendalian Dollah Salleh. Sebelum ini, beliau hanya dibawa masuk di lewat permainan sebagai super sub. Walau bagaimanapun, anak jati Perak ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk beliau menunjukkan prestasi cemerlang di atas padang selaku penggempur utama.

5.   Percaya atau tidak, setakat ini Safiq Rahim merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan AFF Suzuki dengan 4 jaringan secara keseluruhannya. 3 daripada jaringan itu pula adalah hasil daripda sepakan penalti. Bagi seorang pemain yang bukannya genuine striker iaitu hanyalah bertindak selaku Attacking Midfielder atau Centre Midfielder, pencapaiannya menjadi penjaring terbanyak setakat ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.



6.    Tahukah anda, salah seorang pemain Vietnam telah menunjukkan isyarat lucah dengan menggunakan jarinya sewaktu di atas padang. Mungkin di Vietnam isyarat itu bukanlah sesuatu isyarat yang berunsur lucah atau tidak elok. Tetapi faktanya di sini adalah beliau melakukan isyarat itu tanpa dilayangkan sebarang kad oleh pengadil perlawanan. Mana boleh cenggitu patutnya Rep, dia patut diberi amaran keras. 1 Asean tengok tau.





7.   Percaya atau tidak, walaupun perlawanan separuh akhir pertama di Malaysia baru-baru ini dicemari dengan insiden pergaduhan para penyokong, namun di Hanoi tiada sebarang pergaduhan melibatkan penyokong berlaku seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial sebelum ini. Nampaknya mentaliti penyokong Vietnam ni 1 par di atas penyokong Malaysia yang suka buat onar tu. Ini fakta sewaktu perlawanan berlangsung sahaja tau. Habis waktu perlawanan dan di luar stadium itu Wallahualam. Harap-harap tiada kejadian buruk yang berlaku. 





8.   S.Kunanlan yang selama ini bermain sebagai pemain sayap kanan di bahagian serangan ditugaskan untuk menggantikan tempat Mahali Jasuli di bahagian pertahanan sebelah kanan. Nampaknya percaturan Dollah Salleh ini sekali lagi menjadi. Walau bagaimanapun, ini bukanlah pertama kali beliau diturunkan sebagai pemain pertahanan kerana dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini pun beliau pernah merasai bermain di posisi itu. Apa yang membanggakan, beliau menggalas tugas tersebut dengan baik sekali.

9.   Tanpa kelibat Safee Sali yang mengalami kecederaan peha, bahagian serangan pasukan Malaysia dilihat seakan-akan serba menjadi. Buktinya, Mat Yo yang selama ini kemarau gol telah mampu menjaringkan satu gol buat pasukan Malaysia. Tapi rasanya kalau Safee main, mungkin lebih banyak gol yang dapat dijaringkan kot. Sebab Safee punya shooting padu. Dan dengan ketiadaan Safee inilah yang memberi ruang dan peluang untuk Indera bermain sehingga ke minit terakhir. Terima kasih buat safee yang sudi memberikan peluang tersebut.



10.    Tahukah anda, cameraman yang merakam perlawanan secara langsung antara Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh telah Fall in Love dengan seorang penyokong wanita Vietnam. Acap benar gambar wanita tersebut bersama rakan-rakannya ditayangkan. Siap ada buat slow motion lagi. Apa-apapun wanita itu memang anggun. Tidak hairanlah cameraman pun terkesima dan tidak puas melihatnya.


(c.c kepada tukang edit)


So, itu saja 10 fakta menarik tentang perlawanan Malaysia menentang Vietnam di AFF Suzuki (2nd leg semi final) dari saya. Saya pasti korang semua pun ada fakta-fakta yang korang nampak dan tahu tentang game tersebut. Kongsi-kongsikanlah yer..

Terima Kasih.. Bye-bye